Berita Terkini
recent

Bukan lagi angan Mat Jenin

BIDANG seni dunia yang paling digemari selebriti Sherry Alhadad.

Malah akui Sherry, ketika kecil, beliau sering memaksa rakan sebaya untuk melihat apa juga persembahan dilakukannya.

Bahkan beliau sendiri menyimpan angan-angan untuk mengacarakan program sendiri suatu hari nanti.

Kini, impiannya itu menjadi nyata buat Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 32, apabila beliau diberi peluang untuk mengendalikan program sendiri, The Sherry Show.




Program yang akan mula bersiaran pada 19 November ini pada jam 10 malam di TV3 itu merangkumi tujuh episod bagi musim pertama.

“Sejak dulu lagi, saya sangat meminati bidang seni dan saya rasa tak benda lain yang saya reti buat. Seni ini seperti hidup saya.

“Tentulah mengacarakan program sendiri juga termasuk dalam angan-angan ketika saya kecil dan Alhamdulillah impian saya itu menjadi kenyataan.

“Pada awalnya memang saya gementar, tapi lama-kelamaan ketika proses rakaman, saya sedar, ini adalah program saya dan saya semakin yakin untuk mengendalikannyai," katanya ketika ditemui pada rakaman program berkenaan di Studio 1, Ntv7 Glenmarie, Shah Alam.

Sherry berkata, beliau bertuah apabila penerbit memberi kelonggaran kepadanya mengemudi program itu dengan cara tersendiri.

“Selain idea yang diberikan pihak produksi, mereka juga beri kelonggaran untuk saya sumbang idea. Jadi tidaklah terlalu terikut skrip sangat.

“Saya harap program ini akan dapat diterima ramai apabila disiarkan kelak,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.