Berita Terkini
recent

BTS mangsa perkauman

Annyeonghaseyo!!! Isu perkauman membabitkan artis Asia tidak pernah berkesudahan. Terbaru, kumpulan terkenal BTS menjadi mangsa apabila dipersendakan dalam program Dia a Dia di Colombia.

Dalam insiden itu, seorang tetamu program terbabit membuat mimik mata sepet sewaktu pengacara membuat liputan mengenai BTS.

Mimik sebegitu sememangnya sensitif dalam kalangan artis Korea Selatan kerana bersifat perkauman. Barangkali ia jenaka bagi orang bukan Asia tetapi tidak untuk masyarakat benua itu.

Berita insiden itu menyusul beberapa hari selepas pemain bola sepak Colombia, Edwin Cordona membuat mimik sama terhadap pasukan kebangsaan Korea Selatan.

Ramai pengikut setia BTS berasa kecewa dan menyatakan rasa kurang senang di laman sosial.

“Ramai menyokong BTS melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa tapi apabila berlaku perkara sebegini, mereka kecewa.

“Tindakan lelaki itu sangat melampau. Sepatutnya manusia dilayan sama rata dan tiada diskriminasi warna kulit dan sebagainya,” kata sumber.

Peminat BTS di Colombia bagaimanapun sudah meminta maaf dan mengakui mereka tidak peka dengan budaya Asia.

“Diakui kami silap dan tidak sensitif. Kami akan lebih memahami dan menghormati budaya Asia selepas ini,” kata wakil peminat negara itu.

Bagaimanapun, sehingga hari ini tiada permohonan maaf dibuat produksi Dia a Dia dan stesen TV.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.