Berita Terkini
recent

BTS Buat Persembahan di AMA2017, Peminat Terkilan

Sejak di khabarkan mereka mendapat undangan membuat persembahan di Anugerah Muzik Amerika (AMA2017), kumpulan KPop sensasi BTS (Bangtan Boys) menjadi kebanggaan kepada peminat mereka di seluruh dunia. Malah persembahan mereka sangat dinanti-nantikan.



Namun sayangnya, sebahagian peminat terutama peminat di rumah meluahkan rasa terkilan dan ketidakpuasan hati mereka selepas menonton persembahan artis pujaan mereka itu pada anugerah yang berlangsung di Los Angeles, California, pada 19 November lalu.

Pada acara tersebut kumpulan yang dianggotai tujuh anak muda ini menampilkan persembahan yang bertenaga menerusi lagu DNA. Jadi apa masalahnya?

Apa yang membuatkan peminat kecewa kerana mereka mendakwa pergerakan kamera buruk sepanjang BTS membuat persembahan berbeza jika dibandingkan dengan penyanyi lain yang juga menjadi pengisi acara anugerah hiburan berprestij Hollywood itu.

"Penataan kamera yang buruk," tulis seorang peminat.

"Kecewa kerana pergerakan kamera yang buruk ketika penampilan mereka dibanding penyanyi lain. Satu lagi, mereka kelihatan digesa segera turun dari pada pentas," tambah seorang lagi peminat lain.

"Kerja kamera yang buruk. Bagaimana kemampuan jurukamera US lebih buruk berbanding Korea. Saya tidak faham," kecam seorang lagi.

"Kerja kamera dan pencahayaan buruk," komen sorang lagi.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.