Boleh berlakon dengan sesiapa pun

Ada khabar angin mengatakan Shahid Kapoor, 36, enggan berlakon dengan Katrina Kaif dalam filem lakonan terbarunya yang berjudul Batti Gul Meter Chalu.

Namun dengan pantas Shahid menafikannya, bahkan katanya dia bersedia digandingkan dengan sesiapa saja.

“Cerita itu karut dan khabar angin itu semua ‘sampah’. Saya tiada masalah dengan mana-mana pelakon,” tegas Shahid yang geram dan marah.

Dalam Batti Gul Meter Chalu, Shahid akan berlakon sebagai peguam yang mengetengahkan isu bil elektrik yang tinggi sehingga mendatangkan masalah kepada masyarakat India.

Filem arahan Shree Narayan Singh itu akan dilancarkan pada 31 Ogos depan.
Boleh berlakon dengan sesiapa pun Boleh berlakon dengan sesiapa pun Reviewed by Kakigosip on 05:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.