Berita Terkini
recent

Bieber Serius Nak Kahwin Dengan Selena

Setelah menjalin semula ikatan cinta sejak beberapa minggu lalu, bintang sensasi Justin Bieber, 23, dan Selena Gomez, 25, dikatakan telah merancang untuk membawa perhubungan mereka melangkah ke alam perkahwinan.



Laporan media Hollywood sejak kebelakangan ini banyak menyebut mengenai berseminya kembali cinta pasangan ini termasuklah 'adegan-adegan' cukup romantis mereka seperti menunggang basikal bersama-sama, temujanji makan malam dan aksi mereka bercumbuan.

Jadi, kini ramai yang tertanya-tanya malah khabar angin sudah pun mula bertebaran tentang apakah langkah seterusnya mereka akan dalam hubungan tersebut.

Rupa-rupanya, penyanyi yang popular dengan lagu Love Yourself ini nampaknya sudah yakin akan masa depannya dengan Selena. Malah kali ini Bieber berjanji dia mahu menjadi lelaki terbaik buat wanita itu.

..

Menghargai peluang kedua yang diberi, satu sumber mendedahkan Bieber sudah berubah untuk membuat kekasihnya itu sentiasa gembira.

"Justin juga "mahu berkahwin dengannya," kata sumber lagi.

Pun begitu ada segelintir pihak yang meragui janji manis Bieber malah mereka kurang yakin bahwa penyanyi itu sudah benar-benar berubah.

"Selena mendapat kritikan daripada (orang tersayang), tetapi dia mengulangi bahawa dia melihat sisi lain dari Bieber kali ini.

"Rakan dan keluarganya mempercayai penilaiannya. Buat masa ini, mereka gembira kerana dia sangat gembira," tambah sumber.

Sementara itu, kebanyakan peminat juga menyokong reunion Jelena malah #JelenaIsBack menjadi trending di media sosial selepas tersebarnya gambar pasangan itu di sebuah gelanggang ais pada 15 November lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.