Berita Terkini
recent

Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi

Selepas memutuskan untuk berkahwin dengan gadis pilihan hatinya dikenali sebagai Sanaa Jeljalane, pelakon Idris Khan mengaku berdebar menantikan kunjungan bakal mentuanya dari Maghribi dalam tempoh terdekat ini.

Memetik laporan BH online, aktor berusia 29 tahun ini berkata, sebelum ini dia hanya pernah berhubung dengan kedua ibu bapa kekasihnya itu melalui internet.

"Mereka memang mengetahui perihal hubungan kami dan turut gembira dengan berita rancangan perkahwinan ini. Mungkin ada sedikit debaran kerana sebelum ini saya dan ibu bapanya hanya berhubung menerusi maya," katanya.

Idris dan Sanaa bakal bernikah 20 Januari depan setelah dua tahun menjalin hubungan cinta. Majlis pernikahan mereka akan diadakan di Kuala Lumpur untuk kedua-dua pihak dan tiada majlis resepsi di Maghribi.

"Bakal isteri kini pulang ke negaranya, Maghribi, untuk menguruskan dokumen diperlukan bagi pernikahan kami, memandangkan dia bukan rakyat Malaysia. Syukur proses itu berjalan lancar.

"Andai tiada aral, kami akan bernikah pada 20 Januari 2018, tetapi setakat ini lokasi hari bersejarah buat kami nanti belum ditentukan. Saya sendiri masih memilih tempat bersesuaian.

"Apa pun, hanya sebuah majlis diadakan di Kuala Lumpur untuk kedua-dua pihak kerana keluarga kami kecil saja. Jadi, tiada majlis resepsi di Maghribi. Keluarganya juga akan datang ke sini nanti," kata pelakon drama Duda Terlajak Laris ini

Dalam pada itu Idris berkata, bagi mengukuhkan masa depan bersama wanita yang sanggup menetap di negara ini selepas berkahwin, beliau akan mengusahakan perusahaan pertanian di ladang keluarga di Melaka.

Selain itu menerusi syarikat penerbitan Centro Pictures dia kini menjayakan penggambaran filem mengenai tentera udara, yang juga sebuah kisah benar.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.