Berita Terkini
recent

Bengang kena saman, PDRM beri penjelasan

Bengang akibat tidak berpuas hati dikenakan saman akibat perangkap had laju ketika melalui Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil yang baharu dinaiktaraf, netizen meluahkan kemarahan di laman sosial Facebook yang akhirnya menjadi tular.

Rata-rata pengguna laman sosial mengakui tindakan menyaman tidak wajar dilakukan memandangkan tiada papan tanda amaran atau had laju dipasang di jalan sepanjang 17 kilometer berkenaan.

Orang awam juga dilihat memuat naik video dengan mendakwa tiada sebarang amaran atau peringatan sedangkan tindakan penguatkuasaan polis trafik terus dilakukan sehingga menyebabkan ramai menjadi mangsa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff dalam kenyataannya berkata, sepanjang 2017, sebanyak 339 kes kemalangan dilaporkan dan lima kemalangan maut dilaporkan sepanjang jalan terbabit.

Menurutnya, kekerapan rondaan dan op had laju telah dimulakan pertengahan Oktober lalu bertujuan mengurangkan kemalangan dan peringatan kepada pengguna.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.