Berita Terkini
recent

Benci bertukar cinta

Bermula dengan satu cabaran, siapa sangka pelakon Raja Afiq akan jatuh hati dengan mangsa kambing hitam, Puteri Aishah.

Kisah perjalanan percintaan mereka boleh disaksikan dalam drama bersiri baru TV3, Lelaki Itu Pemilik Hatiku setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam.

Drama sebanyak 32 episod itu adaptasi novel Mr Hot Guy yang diarahkan Zul Huzaimy Marzuki.

Jalan cerita dimantapkan lagi dengan kehadiran Syazuwan Hassan, Julia Farhana Marin, Liza Abdullah, Jaja Illiyes dan Natasya Mahyan.

Lelaki Itu Pemilik Hatiku mengisahkan Luqman anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Karmila selepas dicabar teman wanitanya, Andrea.

Ini kerana Andrea geram dengan sikap Luqman yang seakan-akan tidak serius dalam hubungan mereka.

Bagi Luqman, cabaran itu peluang baik untuk dia melepaskan diri daripada Andrea yang sentiasa mengongkong hidupnya.

Pasangan itu menetapkan syarat sekiranya Luqman berjaya memenangi hati Nurin, mereka akan menoktahkan hubungan.

Namun, jika Luqman gagal, dia harus menjadikan Andrea isterinya seperti yang diaturkan keluarga kedua-dua pihak.

Pada mulanya, Luqman menganggap tugasan itu sangat mudah namun ternyata dia silap apabila Nurin sukar didekati.

Bagaimanapun, semakin Nurin membenci Luqman, hatinya semakin suka dengan jejaka itu.

Sayangnya, hati Nurin sudah terpaut dengan Aiman yang pernah menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa Luqman satu ketika dahulu.

Jangan lupa menyaksikan kesudahan Lelaki Itu Pemilik Hatiku yang turut dapat ditonton di portal Tonton (www.tonton.com.my).
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.