Berita Terkini
recent

Beli Mitsubishi Lancer Dengan Duit Simpanan Sendiri

Penyanyi yang semakin meraih populariti, Haqiem Rusli mengakui dia membeli sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer secara tunai dengan menggunakan wang simpanan sendiri.



Memetik laporan Harian Metro, remaja berusia 19 tahun ini berkata, dia mula menambung sejak berkecimpung dalam bidang nyanyian hampir dua tahun lalu demi membeli kereta idamannya itu.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi ini menyangkal dakwaan dia mengabaikan aspek penampilan apabila wajahnya berjerawat seperti diperkatakan netizen di laman sosial, baru-baru ini.

"Saya dapat tahu mengenai kritikan itu selepas membuat persembahan pada minggu kedua separuh akhir Muzik-Muzik ke-32 sebelum ini.

"Saya tertekan apabila mereka mendakwa saya tidak mampu membeli ubat jerawat tetapi mampu beli kereta pula.

"Namun, lama-kelamaan saya sudah okey dan tidak mahu cepat melatah dengan kritikan netizen itu,” katanya.

Jelas Haqiem dia juga sudah berjumpa doktor untuk mengatasi masalah itu. Menurut doktor, masalah yang dialaminya itu jerawat kerana perubahan hormon dan ia adalah perkara biasa untuk remaja seusianya.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.