Berita Terkini
recent

Bayang, Menahan Rindu antara 12 lagu layak ke AJL32

DETIK penentu bagi 12 lagu yang layak ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), sudah terjawab menerusi siaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Keputusan itu diperoleh selepas 30 lagu terbaik berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (SFMM32) yang bersiaran langsung selama tiga minggu bermula 29 Oktober, 5 November dan 12 November lalu.

Lagu yang layak ke AJL32 terdiri daripada Sejati (Azmi Caliph Buskers, nyanyian asal Faizal Tahir), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Jampi (Hael Husaini), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Amboi (Altimet) dan Lebih Sempurna (Syamel).

Turut terpilih ialah lagu Aku Yang Sebenar (Hazama & The Penglipulara), Akhirnya Cinta (Salma), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri), Bayang (Khai Bahar) dan Warkah Untukmu (Ara Johari).

Semua lagu yang dipilih dinilai sepenuhnya oleh barisan juri profesional iaitu Pak Ngah, LY, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, AG Coco dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

SFMM32 dihoskan oleh dua pengacara popular, Sherry Al Hadad dan Hefny Sahad. 

AJL32 pula dijadual bakal berlangsung pada Februari depan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.