Berita Terkini
recent

Batu jed 300 tan dianggar bernilai RM29 juta

 Batu jed seberat 300 tan yang ditemui di sini, tahun lalu berjaya dinilai tahun ini.

Menurut laporan Coconuts Yangon, batu jed itu dijangka bernilai AS$7.3 juta (RM29 juta) secara keseluruhannya.

Batu tersebut digali pada 10 Oktober tahun lalu dari sebuah lombong yang beroperasi di bawah kawalan Kementerian Sumber Semulajadi.

Pada awal penemuannya, batu jed berkenaan dijangka bernilai AS$5 juta.

Berukuran 19 kaki panjang, 15 kaki lebar dan 14 kaki tinggi, batu berharga itu yang  terbesar pernah ditemui, kata Timbalan Pengarah Syarikat Myanmar Gems, U Min Thu.

Kerajaan Myanmar dijangka menerima kira-kira AS$1.5 juta dari hasil jualan batu jed itu nanti.

Bagaimanapun, beberapa pihak antarabangsa mengatakan batu tersebut dinilai terlalu rendah dan ia sepatutnya bernilai sehingga AS$170 juta.

Batu jed berkenaan kini disimpan di sebuah gudang di Naypyidaw dengan kawalan ketat.

Beberapa serpihan batu tersebut akan dijual dalam acara jualan oleh Myanmar Gems dan Jade Emporium pada 12 Disember nanti.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.