Berita Terkini
recent

Baru Kenal Sebulan, Belum Bercinta - Nabila

Penyanyi Nabila Razali menjekaskan hubungannya dengan pelakon Aedy Ashraff baru bermula sejak sebulan lalu dan mereka masih mengenali antara satu sama lain.



"Hubungan kami baru bermula. Saya mula berkawan dengannya sekitar sebulan lepas di laman Instagram selepas saya menegurnya di ruang komen.

"Saya sudah lama mengetahui bahawa dia seorang pelakon, namun tidak pernah berkenalan secara berdepan walaupun selepas saya bergelar penyanyi.

"Saya sendiri lupa bagaimana kami boleh berkawan, tahu-tahu sudah mula berhubungan menerusi telefon," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Hubungan kedua artis muda ini mula menjadi bualan netizen selepas Nabila memuat naik foto mereka di laman Instagram.

Foto yang dirakam itu kelihatan sangat mesra, ditambah pula dengan kapsyen yang diletak oleh pelantun lagu Pematah Hati itu hanya sebuah simbol hati. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka sedang bahagia.

Jelas Nabila, dia tiada niat untuk memberikan gambaran apa-apa mengenai hubungan mereka.

"Sebenarnya saya tidak berfikir panjang ketika memuat naik gambar itu, maksudnya dari segi komen peminat dan juga kemungkinan akan digosipkan bercinta.

"Ini kerana pada pandangan saya pada waktu itu, saya lihat ia sekeping gambar yang cantik dengan gabungan warna yang lawa jadi saya terus muat naik di laman Instagram.

"Tiada niat untuk memberikan apa-apa tanda atau membuatkan peminat tertanya-tanya," katanya.

Tambahnya, dia selesa berkawan dengan Aedy kerana pelakon itu seorang pandai mengambil hati.

"Hubungan kami masih terlalu baharu dan rasanya masih awal untuk bercakap tentang cinta.

"Saya selesa berkawan dengan Aedy kerana dia seorang yang sangat baik, pandai mengambil hati dan periang," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.