Berita Terkini
recent

Bakal Doktor Dinobat Ratu Cantik Dunia

Seorang pelajar perubatan India dinobatkan sebagai ratu cantik Miss World dalam acara meriah di bandar peranginan Sanya, China semalam, menjadikan negaranya antara yang paling berjaya dalam sejarah pertandingan ratu cantik itu.



Manushi Chhillar merupakan finalis dari India keenam memenangi pertandingan ratu cantik Miss World mengikuti jejak aktres Bollywood, Priyanka Chopra dan Aishwarya Rai.

Kemenangannya menjadikan India setanding dengan Venezuela sebagai negara paling banyak memenangi pertandingan ratu cantik itu yang kali ini memasuki edisi ke-67.

Manushi, 20, merupakan seorang penari tarian klasik India yang gemar melukis dan bercita-cita untuk membuka rangkaian hospital tidak bermotifkan keuntungan di kawasan luar bandar, demikian menurut laman web Miss World.

“Terima kasih, semua orang atas sokongan dan kasih sayang anda. Kemenangan ini untuk India,” kata Manushi dalam satu kenyataan di laman Twitter.

Kemenanganya segera menjadi topik panas di platform media sosial di India selepas pengumuman tersebut.

Manohar Lal Kattar yang merupakan seorang menteri di negeri kelahirannya, Haryana menjadi antara orang pertama yang mengucapkan tahniah.

Manushi dipakaikan mahkota Miss Universe oleh penyandang gelaran pada tahun lalu, Stephanie del Valle dari Puerto Rico dalam satu majlis di Sanya malam semalam.

Tempat kedua dikongis oleh peserta England, Stephanie Hill dan wakil Mexico, Andera Meza
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.