Berita Terkini
recent

Baby Shima Beri Amaran!

PENYANYI Baby Shima berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mewujudkan akaun palsu menggunakan namanya.

Shima, 24, berkata, dia dan pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut jika dia terus menggunakan nama dan identiti dirinya.

"Shima tak pernah mempunyai akaun Facebook Baby Shima Fans Page dan orang yang menguruskan akaun ini menyamar diri sebagai Shima.

"Pihak pengurusan Shima mempunyai bukti, laporan polis akan dibuat kerana ini merupakan satu kesalahan mewujudkan fans pages tanpa kebenaran. Malah, admin mengaku dia sebagai Baby Shima," tulisnya di akaun Instagram @babyshimaofficial.

Dalam pada itu, Baby Shima turut meminta orang ramai membantu melaporkan laman palsu yang menggunakan video dan audio miliknya di aplikasi Smule.

Malah, tegas peserta D'Academy Asia Musim Ketiga (DAA3) ini, dia hanya mempunyai satu akaun Smule atas nama babyshima.

"Sila bantu shima laporkan akaun palsu yang menggunakan video dan audio dari akaun original Shima kerana Shima tidak ada akaun Smule lain.

"Shima dah buat laporan mengenai akaun palsu ini dan mohon maaf kepada semua peminat," katanya lagi.

Berdasarkan komen-komen pada postingnya di Instagram, rata-rata peminat dari negara seberang menyokong tindakan Baby Shima dan berharap individu tersebut segera menutup akaun palsu itu.

Bukan itu sahaja, ada juga pengikut yang mengakui tertipu dengan akaun palsu tersebut dan hampir percaya ia milik penyanyi lagu Makan Hati ini.

"Karena iri dengan kepopuleran Shima membuat orang mencoba memanfaatkannya dengan cara tidak terpuji," komen @ajie4684.

"Saya tahu fans page ni Shima, semoga tak ada yang menjadi mangsa penipuan akaun palsu ini. Ayuh kita laporkan bersama," tulis akaun @dianrubensteinsYaaa.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.