Berita Terkini
recent

Awas Perang Saudi-Iran bakal bermula?

Bagi pemerhati politik antarabangsa,insiden pemecatan beberapa menteri kanan dan penahanan 12 putera dalam satu siasatan oleh jawatankuasa anti rasuah di Arab Saudi baru-baru ini, bukan berkisar mengenai isu rasuah semata-mata, sebaliknya tersirat pelbagai kisah lain.

Menurut Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi,ketika peristiwa ini berlaku secara besar-besaran dan serentak dengan tiga peristiwa lain yang saling berkaitan.

"Peristiwa pertama ialah peletakan jawatan Saad Hariri sebagai pemimpin Lubnan yang menuduh campurtangan Iran sebagai punca beliau letak jawatan.

"Peristiwa kedua ialah serangan peluru berpandu ke Riyadh, Arab Saudi yang dianggap sebagai Tindakan Peperangan oleh Iran dan peristiwa ketiga ialah panggilan telefon Presiden Amerika Donald Trump kepada Putera Mohammad Salman tentang penyenaraian Tawaran Awam Permulaan IPO Syarikat Minyak gergasi milik Arab Saudi, iaitu Saudi-Aramco," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden pemecatan besar-besaran yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi dalam barisan kabinetnya.


Jelas Muein lagi,kesemua peristiwa ini saling berkait di mana Kerajaan Arab Saudi kebelakangan ini sememangnya kekurangan pendapatan kerana kejatuhan harga minyak akibat tindakan Iran melambakkan bekalan minyaknya di pasaran antarabangsa.

Katanya lagi, Iran bakal menjadi kambing hitam dengan Putera Mohammad Salman melihat Tehran sebagai batu loncatan untuk mengukuhkan kedudukan politik dalam Arab Saudi beliau, disamping imej sebagai ketua pakatan negara Arab.

"Jelas tiada siapa dapat nafikan pemecatan besar-besaran Menteri-menteri dan Putera-putera Arab Saudi kali ini diterajui oleh Putera Mohammad  Salman, pewaris Mahkota Kerajaan Arab Saudi

"Negara-negara Arab dan OIC perlu segera memujuk Putera Mohammad Salman agar tidak memulakan perang ke atas Iran," katanya.

Justeru kata Muein, demikian juga kuasa besar lain seperti Rusia dan China yang pastinya tidak ingin projek pembangunan global mereka terjejas di Timur Tengah, Rusia baru tamatkan Daesh di Syria dan Iraq, manakala China ada kepentingan projek OBOR.

Sebelum ini, dalam insiden pemecatan baru-baru ini, antara yang ditahan adalah pemilik syarikat pelaburan Kingdom Holding, Putera Alwaleed Talal merupakan antara yang ditahan oleh jawatankuasa terbabit bagi membantu siasatan.

Menteri-menteri kanan yang dipecat termasuk Ketua Pengawal Kebangsaan, Putera Meteb Abdullah, dan Menteri Ekonomi, Adel Fakeih.

Turut dipecat termasuk Komander Tentera Laut Saudi, Abdullah al-Sultan dan digantikan oleh Fahad al-Ghafli.

Bagaimanapun, tiada penjelasan rasmi diberikan untuk pemecatan kesemua yang terlibat.

Menurut al-Arabiya, jawatankuasa baharu, yang diketuai oleh Putera Mahkota Mohammed Salman, telah bertanggungjawab terhadap beberapa pembaharuan baharu antara dalam dan luar negara sejak beliau menjadi putera mahkota kerajaan Saudi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.