Berita Terkini
recent

Astro terima Anugerah ‘Pengubah Digital di Malaysia’

ASTRO Malaysia Holdings Berhad (Astro) diumumkan sebagai penerima anugerah ‘Pengubah Digital di Malaysia’ oleh International Data Corporation (IDC) ASEAN sempena  Anugerah Transformasi Digital yang julung kali diadakan.

Anugerah Transformasi Digital ini bertujuan mengiktiraf organisasi di seluruh Asia/Pasifik yang mempamerkan kejayaan dalam usaha menerapkan transformasi digital dalam perniagaan atau operasi harian.




Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, Astro akan terus mengguna pakai teknologi pembawa perubahan seperti digital, atas talian dan mudah alih untuk menyokong teras syarikat yang menjadikan pengguna sebagai keutamaan.

"Ketika ini, Astro berjaya menembusi 72 peratus isi rumah di Malaysia setelah hampir 20 tahun menawarkan perkhidmatan. Dalam usaha untuk meningkatkan peratusan penembusan ini, kami menyasarkan untuk menjadi yang terbaik dalam ruang kediaman dan individu, bukan sahaja di Malaysia, malahan di peringkat serantau.

Astro telah melancarkan beberapa jenama pengguna digital seperti aplikasi perhubungan telefon pintar (OTT), Astro GO dan Tribe; perkhidmatan e-dagang, Go Shop; portal hiburan nombor satu di Malaysia, Gempak dan peneraju laman berita digital, Awani.

Hari ini, Astro berjaya meraih hampir 7 juta pengunjung unik merentasi 40 jenama digital yang beroperasi secara aktif di laman web dan aplikasi mudah alih.

Projek transformasi digital Astro dipilih antara ratusan penyertaan yang dihantar oleh organisasi pengguna-akhir (end-user) dari pelbagai industri di Asia / Pasifik. Kemenangan ini berjaya melayakkan Astro ke pusingan akhir IDC DX Awards peringkat serantau. Kesemua pemenang dari negara yang bertanding akan dinilai menjadi yang terbaik di Asia / Pasifik.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.