Berita Terkini
recent

Asfan Shah timang anak ketiga 17/11/17

TAHNIAH, komposer dan penyanyi Asfan Shah telah selamat menimang cahaya mata ketiga jam 2.22 pagi tadi.

Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 33, mengucapkan syukur di atas kurniaan ILAHI ini.

"Alhamdulillah, terima kasih ALLAH SWT.  Isteri saya Ain Sakinah telah selamat melahirkan seorang lagi baby ketiga kami iaitu seorang lagi bayi lelaki dengan berat 3.31 kg.

"Isteri dan baby kedua-duanya dalam keadaan sihat. Pandai baby pilih tarikh nak keluar 17.11.17. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," ujar Asfan yang kini popular dengan lagu Sumpah Cintaku.

Asfan turut memberitahu bahawa kali ini dia benar-benar berdebar berbanding kelahiran dua anaknya sebelum ini.

"Tak dapat nak gambarkan keadaan masa dalam bilik bersalin itu," katanya lagi.

Asfan dan Ain telah bernikah pada 23 Ogos 2012.  Mereka sebelum ini telah mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.