Berita Terkini
recent

Artis Kpop belajar cakap Melayu

SELALUNYA bila selebriti dari Korea Selatan datang ke Malaysia, akan kedengaran banyak bahasa hangul kedengaran namun kali ini berbeza apabila grup AlphaBat hadir di Malaysia minggu lalu.

Grup yang terdiri daripada Beta, Epsilon,Gamma dan Kappa ini ternyata begitu teruja mempelajari bahasa kebangasaan Malaysia ini malah turut mencatit segala perkataan yang diajar kepada mereka.

"Apa khabar, Selamat tengah hari, saya dari Korea," berikut merupakan antara perkataan-perkataan yang dipelajari mereka semasa sidang media AlphaBat di Redbox, Pavillion.

Selain itu, para wartawan yang hadir turut memberikan perkataan-perkataan lain seperti 'saya kacak', 'awak cantik' dan 'aku cinta padamu' kepada grup tersebut.

Sementara itu, kehadiran mereka ke Malaysia kali ini adalah bertujuan untuk mempromosikan 'single' terbaru iaitu 'Get Your Luv' di sini.

Ini kali pertama AlphaBat muncul dengan hanya 4 orang ahli sahaja berbanding sebelum ini mempunyai hampir sembilan orang ahli.

"Kappa merupakan ahli baru dalam grup ini tetapi dia membawa tenaga yang bagus kepada kami semua.

"Selain itu, kali ini kami muncul dengan empat orang ahli sahaja membuatkan kami boleh lebih menunjukkan keistimewaan masing-masing," kata Beta.

Antara lagu-lagu popular grup tersebut adalah AB City, Suprise Party, Always, Baby dan War Head.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.