Berita Terkini
recent

Ara Johari kemalangan

PENYANYI Ara Johari yang popular dengan lagu Warkah Untukku dan Bunga terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Shah Alam, malam tadi.

Bagaimanapun Ara tidak mengalami kecederaan serius, hanya gegaran di kepala dan sedikit lebam.

“Terima kasih kepada yang mendoakan. Kami tidak ada apa-apa kecederaan serius. Semua okay.


“Cuma kereta memang kena banyak 'repair'. Insya-ALLAH ada kebaikan di sebalik dugaan yang DIA bagi,” kata Ara.


Dalam pada itu, Ara sempat berpesan kepada kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati, terutama pada musim hujan ini.

“Jangan 'drive' laju-laju,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.