Anzalna Menyesal Bersikap Kedekut

PELAKON Anzalna Nasir meluahkan rasa kesal terhadap diri sendiri kerana bersikap kedekut untuk berbelanja dalam hal penjagaan kulit wajahnya sehingga menjadi tidak sempurna.

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 29, berkata kulit wajahnya dipenuhi jerawat dan menjadi semakin serius sejak pulang bercuti di London pada April lalu selama beberapa bulan.

“Bab penjagaan kulit muka saya memang kedekut. Saya hanya cuci muka dengan produk bawah RM50 sahaja sebab rasa tak ada masalah.


“Tapi sebab tak cuci dan jaga dengan cara yang betul, muka saya naik jerawat yang banyak. Boleh dikatakan sangat teruk sejak balik dari London pada bulan April lalu.

“Saya jenis bersolek dan kadang-kadang tidur tak basuh sehingga ruang pori tersumbat. Bila dah teruk baru menyesal dengan diri sendiri,” kata Anzalna .

Anzalna ditemui ketika majlis pelancaran produk wajah keluarannya bersama anak produser drama, Datin Zaiton Mohamad Jiwa iaitu Adila Ramly. , Bye Bye Zits di M City, Ampang pada Rabu.

“Macam-macam produk saya cuba dan saya ada bertemu dengan doktor pakar kulit tapi semuanya tak berkesan,” ujarnya.


Anzalna Menyesal Bersikap Kedekut Anzalna Menyesal Bersikap Kedekut Reviewed by Kakigosip on 19:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.