Berita Terkini
recent

Anime dengan visual cantik

Filem ini penuh dengan kisah imaginasi yang disokong dengan karakter menarik. Tidak ketinggalan latar belakang filem yang dihiasi dengan animasi indah menakjubkan.

Mary And The Witch’s Flower filem yang membuatkan anda tersenyum sepanjang tontonan. Namun, ia tidaklah sempurna sepenuhnya. Asasnya filem ini masih berdepan isu rentak plot dan kurangnya perkembangan karakter.

Paling penting, filem ini bukan filem Ghibli walaupun pengarahnya pernah menghasilkan genre hampir serupa melalui Arrietty dan When Marnine Was There, sebelum ini.

Terdapat beberapa perbezaan ketara membezakan filem ini dengan filem terbitan Studio Ghibli dahulu.

Jika diamati filem terbitan Ghibli lebih menjurus kepada cerita yang tidak terlalu fantasi dengan tema agak berat. Tapi disebabkan ia diterbitkan Studio Ponoc, penceritaannya jauh lebih jujur dan dekat dengan tema keluarga.

Pendek kata, ia hampir sama seperti penceritaan dalam produksi terbitan Disney.


Filem ini mempunyai teknologi animasi menarik. Ia menunjukkan satu langkah ke depan melalui gaya anime yang diselitkan dengan kecantikan visual.

Walaupun ada kala kelihatan latarnya seolah-olah dilukis tangan, seperti babak pedalaman Inggeris, ada beberapa babak kelihatan lebih dekat dengan gaya foto realistik dalam teknologi animasi.

Hasilnya, penonton disajikan dengan momen tenang dan menyelerakan. Bagaimanapun, tetap ada visual yang menonjol supaya fizikal filem lebih menarik. Ditambah pula palet warna dalam filem yang terbaik, ia memberi suatu cetusan rasa tersendiri kepada penonton dari awal sehingga habis cerita.

Selain fizikal filem yang menarik dan cantik, filem ini juga hampir berjaya ketengahkan cerita yang menghiburkan dari awal sehingga ke babak akhir.

Secara am, filem ini berjaya memberi persembahan menyeronokkan untuk ditonton. Seperti dikatakan awal tadi, biarpun tidak sempurna secara keseluruhan, filem ini masih mampu memberi sesuatu kepada penonton.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.