Berita Terkini
recent

Alat sulit diraba, aktor sasa lapor polis

SELEBRITI dan aktor Hollywood, Terry Crew membuat laporan semalam selepas mendakwa diraba oleh seorang eksekutif.

Menurut laporan Variety, Terry mendedahkan serangan seksual tersebut sejak sebulan lalu melalui Twitter selepas skandal Harvey Weinstein meletus.

Dalam satu Tweet pada 3 November, Terry menyatakan perbuatan itu dilakukan Adam Venit yang bekerja dengan kumpulan produksi WME.

Ketika ini, Adam direhatkan, sementara WME menyiasat perkara tersebut.

Terry adalah antara aktor yang diuruskan oleh WME dan menerusi Tweetnya, Terry menceritakan bagaimana Adam meraba alat sulitnya.

"Isteri saya nampak segalanya dan kami pandang dia (Adam) macam dia orang gila. Dia (Adam) cuma tersengih," kata Terry.

Terry juga mengatakan beliau hampir membelasah Adam tetapi membatalkan niatnya itu.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.