Berita Terkini
recent

Aktor Steven Seagal Kunjungi Sultan Johor

Bintang terkenal Hollywood Steven Seagal mengunjungi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu lawatan di Johor, semalam.

Laporan media tempatan menyebut, pelakon yang pernah menjadi jurulatih seni mempertahankan diri itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua jam bersama Sultan Ibrahim di Hutan Bandar Gelang Patah.

Seagal, 65, pelakon yang memegang tiga kewarganegaraan termasuk Rusia popular menerusi filem hit pernah dilakonkannya seperti Under Siege, Above the Law, Out of Justice dan Hard to Kill.

Seagal turut berlakon dalam rancangan bersiri televisyen seperti Steven Seagal: Lawman dan True Justice

Selain berkecimpung dalam bidang lakonan, Seagal juga pandai bermain alat muzik seperti gitar malah memiliki dua album selain kebanyakan lagu itu digunakan sebagai runut bunyi untuk filemnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.