Berita Terkini
recent

Akses tonton di ketinggian 10,000 kaki

PLATFORM atas talian (over-the-top) nombor satu negara, tonton membuka lembaran baru apabila bekerjasama dengan ROKKI iaitu penyedia perkhidmatan WiFi untuk penerbangan AirAsia bagi memberi peluang kepada penumpang mengakses tonton dalam pesawat.

Perkhidmatan itu mula diperkenalkan menerusi penerbangan pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah pada jam 11 pagi hari ini.

Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh berkata, pihaknya teruja diberi peluang bekerjasama dengan ROKKI AirAsia dalam merealisasikan pengalaman tontonan unik dalam penerbangan.

“Kami bangga menjadi yang terulung dalam merealisasikan evolusi pengalaman ini. Ia juga mewujudkan pengalaman penstriman unik dan luar biasa kepada penumpang AirAsia,” katanya dalam sidang media di Tune Hotels, Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama, Ketua Kumpulan Ancillary AirAsia, Choudhury Hassan Peter.

Selebriti popular Ayda Jebat, Redza Rosli bersama pengacara Let’s Cycle di 8TV, Baki Zainal dan Rickman Chia yang ditampilkan sebagai wajah tonton turut bersama dalam penerbangan itu.

Ben Jern berkata, penumpang AirAsia boleh menonton rancangan pilihan menerusi tonton antaranya filem, drama, gaya hidup, program dokumentari dan kanak-kanak.

“Pengalaman menonton secara atas talian itu kini boleh diakses dari ketinggian 10,000 kaki secara percuma,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.