Berita Terkini
recent

Aizat guna vlog dekati peminat

Penyanyi Aizat Amdan akui lebih selesa berkongsi perkembangan seninya menerusi laman video blog atau vlog berbanding Instagram (IG).

Ini kerana setiap detik yang dirakam lebih panjang durasinya dan ia memberi lebih kepuasan buat dirinya.

Di samping itu peminat juga boleh melihat secara terperinci apa yang dia lakukan.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu itu, pendekatan yang digunakan itu dapat mendekatkan dirinya dengan peminat.

“Saya rasa lebih puas apabila merakamkan aktiviti dan berkongsi di blog saya. Di IG ada juga saya kongsi tetapi tidak banyak kerana aplikasi itu mengehadkan durasi rakaman video.

“Saya menggunakan cara ini sejak dua tahun lalu kemudian berhenti sekejap. Sekarang saya aktif semula. Selain vlog saya kongsikan juga di laman YouTube,” katanya.

Aizat yang bertanding pada separuh akhir Muzik Muzik 32 menerusi lagu Jangan Menangis berkata, vlog dan IG medium terbaik untuk berkongsi perkembangan kariernya.

“Orang sekarang lebih tertumpu pada laman sosial. Segala-galanya dihujung jari dan mereka boleh melayari laman sosial di mana sahaja pada bila-bila masa,” katanya.

Mengulas perkembangan terbaru, Aizat bakal tampil dengan single baru yang dijangka dilancarkan awal tahun depan.

“Insya-Allah saya akan tampil dengan single baru berjudul Sampai Ke Hari Tua. Selain itu, saya juga dalam proses menyiapkan album penuh,” katanya.

Aizat berkata, dia juga turut sibuk menghasilkan lagu untuk beberapa artis iaitu Aishah Aziz, Fattah Amin serta seorang lagi artis baru di bawah syarikat label Fattah.

“Banyak juga lagu yang saya hasilkan dan ada untuk kegunaan sendiri,” katanya lagi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.