Berita Terkini
recent

AirAsia cari bakat muzik dari Asean

AIRASIA melancarkan kempen 'Dreams Come True with AirAsia' untuk mencari dan memupuk bakat muzik dari Asean.

Syarikat penerbangan tambang murah itu bekerjasama dengan platform muzik, Spotify, untuk mengenal pasti 20 artis berbakat di rantau berbeza bagi merebut peluang beraksi dengan produser muzik terkenal yang juga duta AirAsia, David Foster.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandez berkata, menerusi kempen itu, AirAsia berharap dapat mencari, mengasah dan menggalakkan bakat muzik besar Asean pada masa akan datang serta membuat perubahan dalam kehidupan mereka.

"Muzik, Asean dan merealisasikan impian menjadi kenyataan merupakan tiga matlamat utama dalam hidup saya. Saya berbesar hati membawa mereka bersama-sama dengan cara ini.

"Saya fikir tiada mentor yang lebih baik untuk menggalas tugas ini daripada kawan baik saya, David Foster yang serba tahu untuk menghasilkan muzik hit," katanya.

Antara artis terlibat dalam kempen itu adalah IV of Spades, Abirama, Airliftz, Axel Brizzy, Banna Harbera, Battle Bloom, BECKA, Ben Sihombing, Bil Musa, Jean Tan Li Juan, JinHo Bae, Keiko Necesario, Kuizz, Miss Lou,  Reality Club, Rob and the Hitmen, Semenjana, Talitha Tan, The  Fa├žade dan VVYND.

Peminat muzik digalakkan untuk strim artis kegemaran mereka menerusi Spotify sepanjang kempen sembilan minggu ini.

Jumlah strim yang diperoleh akan menentukan 20 artis yang bakal beraksi bersama Foster di salah satu daripada konsertnya pada tahun depan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.