Berita Terkini
recent

Adele Tolak Buat 'Show' di Timur Tengah Demi Kebun

Memiliki bakat nyanyian dengan suara yang memukau serta sederet lagu hits, tidak hairanlah jika ramai peminat menanti untuk menyaksikan persembahan live Adele walaupun harus membayar tiket dengan harga mahal.



Bagaimanapun, baru-baru ini Adele dikatakan menolak tawaran untuk tampil dan membuat persembahan di negara Timur Tengah.

Bukan itu saja, Adele dikatakan menolak tawaran bayaran tinggi daripada penganjur yang mahukan dia tampil di dua acara di negara tersebut.

Alasan pelantun lagu Hello itu menolak tawaran tersebut kerana dia kini tengah fokus melakukan hobi barunya.

"Agennya (Adele) memberitahu, 'tidak, dia tidak akan tampil di acara itu. Dia sedang sibuk dengan bercucuk tanam.

"Kebelakangan ini Adele sedang fokus mengusahakan kebunnya," ujar seorang sumber seperti yang dilaporkan Daily Star Newspaper

Ini bukan kali pertama Adele menolak untuk tampil dengan bayaran tinggi. Pada Februari lalu, penyanyi yang hits dengan lagu Chasing Pavements itu menolak tawaran kontrak yang bernilai lebih 500 juta demi menguruskan anaknya, Angelo.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.