Berita Terkini
recent

Adam Lavine Berpakaian Wanita

KELIBAT vokalis kumpulan Maaron 5 iaitu Adam Levine hampir-hampir tidak dikenali ketika dia menghadiri sebuah parti Halloween pada Jumaat lalu.

Mana tidaknya, Adam tampil berpakaian wanita lengkap dengan solekan serta rambut palsu berwarna merah jambu sehingga membuatkan ramai tidak mengenali wajahnya.

Tampil seksi, Adam memilih mengenakan baju dari corak harimau bintang yang dipadankan dengan jaket bulu dan skirt pendek paras peha.

Adam menerusi Instagram memberitahu dia mendapatkan pakaian tersebut daripada isterinya, Behati Prinsloowas dan mengakui bukan mudah menjadi seorang wanita.

"Memakai pakaian wanita tidak mudah! Segala rasa hormat saya buat anda semua kaum wanita," tulisnya.

Selain Adam, majlis itu turut dihadiri oleh selebriti seperti George Clooney, Rande Gerber, Cindy Crawford, Kim Kardashian, Rachel Zoe dan Jon Hamm.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.