Berita Terkini
recent

A Pink Terima Lagi Ancaman Bom

Kumpulan A Pink dilaporkan menerima lagi ancaman bom dan kali ini ugutan tersebut tercetus ketika mereka hadir pada acara Asia Artist Awards 2017 yang berlangsung di Stadium Tertutup Gymnasium Jamsil, Seoul, pada Rabu (malam tadi).



Menurut laporan media di Korea, seorang individu menghubungi polis dan menyatakan sebuah bahan peledak dipasang di kawasan venue acara tersebut. Sejurus itu pihak polis bergegas ke lokasi dan membuat pemeriksaan seluruh kawasan berkenaan.

Panggilan tersebut dipercayai dari Vancouver, Kanada. Pakar penyiasat sekaligus mengesyaki si pelaku adalah orang yang sama yang pernah member ancaman pada A Pink.

"Kami belum menerima semua informasi buat masa ini" kata Plan A Entertainment selaku agensi pengurusan kumpuan tersebut.

Sementara itu, nama suspek yang melakukan ancaman bom terus-menerus terhadap A Pink itu kini berada dalam senarai pencarian Interpol.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.