Berita Terkini
recent

6 Superhero bergabung

FILEM superhero yang ditunggu ramai tahun ini, Justice League arahan Zack Synder sudah menemui penonton bermula 16 November lalu dengan persembahan yang penuh dengan kejutan.

Adaptasi kelima komik DC Ectended Universe ini membariskan watak ikonik kegemaran ramai iaitu Batman, Wonder Woman dan semestinya Superman yang dihidupkan kembali untuk bergabung dengan rakan superheronya bagi membanteras kejahatan.

Tidak sekadar itu, filem ini turut menampilkan wajah baru menerusi The Flash, Aquaman dan Cyborg yang tampil dengan kuasa luar biasa untuk berganding dengan superhero lainnya.

Setelah kematian Superman dalam filem Batman v Superman, superhero DC kembali dengan kehidupan masing-masing. Namun apabila dunia mula terancam kegilaan Steppenwolf yang mahu merebut kuasa, Bruce Wayne (Batman) bersama rakannya, Diana Prince (Wonder Women) tampil menubuhkan Justice League dengan menambah tiga superhero baru iaitu The Flash, Aquaman dan Cyborg.

Namun gandingan itu masih belum cukup kuat untuk menentang Steppenwolf  sehingga akhirnya Batman memberi idea menghidupkan kembali Superman bagi membantu mereka  mengalahkan Steppenwolf  dan menyelamatkan mother boxes daripada disalahgunakan.

Semestinya setiap karakter superhero yang akhirnya membentuk pasukan penyelamat dunia, Justice League ini dibangunkan dengan cukup menarik.

Masing-masing diberi peluang seimbang untuk beraksi dan mempamerkan kehebatan tanpa menyisihkan yang lain menjadikan filem ini begitu berbeza, apatah lagi jalan ceritanya yang lebih kemas dan menarik.

Elemen komedi yang ditampilkan juga menjadi sesuatu yang lebih segar dan cukup menghiburkan penonton yang tidak hanya mahu melihat babak aksi semata-mata.

Sebenarnya memang banyak kejutan yang ditampilkan dalam filem ini dan ia berjaya dilakukan dengan begitu baik sehingga meninggalkan impak kepada keseluruhan jalan ceritanya.

Cuma mungkin ada yang kurang berpuas hati dengan watak antagonisnya yang dilihat tidak begitu meyakinkan, apatah lagi mampu memberi impak kepada jalan ceritanya.

Ia seperti satu watak yang mudah dilupakan dan dilihat tidak setanding dengan gambaran yang diberikan tentang mereka sehingga memerlukan enam superhero bergabung.

Apa pun, secara keseluruhannya, Justice League adalah filem yang cukup rencah, baik dari segi persembahan pelakon, pengisian ceritanya sehinggalah kepada aspek teknikalnya.

Menjadi sebuah filem wajib tonton dan sesuai seisi keluarga terutama untuk pengikut setia filem dari genre ini.

Penonton disarankan untuk tidak keluar awal selepas menonton kerana terdapat dua end kredit di hujung cerita yang turut memberi kejutan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.