11 kenderaan jatuh akibat tanah runtuh

Sebanyak 11 kenderaan pelbagai jenis jatuh dalam satu kejadian tanah runtuh di Jalan 1A/2 Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, kesemua kenderaan menggelongsor jatuh selepas berlakunya rekahan jalan di kawasan kejadian.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya telah memasang sawar di kawasan tersebut bagi tujuan keselamatan sementara.

Kejadian ini turut dirujuk kepada polis dan pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya.
11 kenderaan jatuh akibat tanah runtuh 11 kenderaan jatuh akibat tanah runtuh Reviewed by Kakigosip on 04:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.