Berita Terkini
recent

1 Jam Saja Ponteng Berpantang

Biarpun masih lagi dalam tempoh berpantang namun Lufya Omar menjelaskan dia terpaksa keluar untuk membeli barang keperluan bayinya.



Memetik laporan mStar online, Lufya berkata dia hanya keluar selama satu jam sahaja dan dibantu oleh ahli keluarganya.

"Saya masih menjaga diri dalam tempoh pantang, cuma satu jam sahaja saya keluar untuk cari barang keperluan anak saya.

"Macam mana pun hanya saya yang tahu barang terbaik untuk dibeli. Ketika itu saya juga tidak banyak bergerak hanya turut untuk memilih barang sahaja," ujarnya.

..

Katanya, dia juga mengambil kesempatan itu untuk mengambil udara dan melihat persekitaran selepas berkurung di rumah.

"Saya lebih stress kalau tidak dapat tengok persekitaran luar. Terima kasih kepada semua yang memberi nasihat ikhlas," ujarnya.

Lufya dan Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, berkahwin pada 26 November 2016.

Pasangan ini memilih nama Laana Haura untuk bayi perempuan itu yang kini berusia 19 hari.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.