Berita Terkini
recent

Zulin kesal gambar disunting jadi foto lucah

PENYAMPAI radio Suria FM Zulin Aziz mendakwa kesal apabila beberapa keping gambar miliknya disunting menjadi foto lucah.

Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abd Aziz, 28, berkata, beliau tidak tahu tujuan sebenar individu terbabit berbuat demikian.

Beliau menerusi akaun Twitternya @iamzulinaziz turut menggesa pengguna media sosial melaporkan akaun palsu yang menyebarkan fotonya itu.


"Aku tak tahu kau ni manusia jenis apa. Tolong saya laporkan akaun budak ni," katanya.


Pada masa sama, peminatnya menerusi Twitter menggesa Zulin melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

"Mohon @PDRMsia @SKMM_MCMC siasat dan ambil tindakan terhadap penyebar yang menggunakan akaun palsu ini," kata Benyamin Alsagoff menerusi Twitternya.

Sementara itu, seorang lagi peminat menggunakan Tweet handle @is_ameeRah mengaku sudah melaporkan akaun tersebut.

"Semalam nampak, terus lapor dan sekat (akaun palsu terbabit) sekali. Bukan manusia tu, entah apa-apa," balasnya.

Selain Zulin, beberapa artis lain kebelakangan ini turut menjadi mangsa berkaitan imej lucah seperti Anding, Eyka Farhana dan Feeya Iskandar.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.