Berita Terkini
recent

Zulin Aziz Jadi Mangsa Foto Lucah

Sejak kebelakangan ini banyak cerita selebriti di negara kita yang telah dikaitkan dengan video lucah di mana mereka dituduh melakukan adegan dalam video berkenaan walhal mereka tidak melakukannya.

Kali ini pelakon wanita, Zulin Aziz pula menjadi mangsa dan kali ini tidak melibatkan sebarang video tetapi ianya melibatkan gambar Zulin sendiri.

Foto Zulin telah diedit dan dijadikan foto lucah oleh seorang individu dan kongsikan di Twitter.
Zulin yang mengetahui perkara tersebut telah memuat naik satu tweet meminta orang ramai untuk membuat ‘report account’ pada akaun individu berkenaan.

“Aku xtau kau ni manusia jenis apa. Tolong saya report acc bdk ni please,” tulis Zulin.

Pelakon wanita ini juga turut memuat naik foto yang telah diedit oleh individu tersebut.

Rata-rata pengikut Zulin juga marah dengan tindakan biadap individu tersebut dan meminta Zulin untuk membuat laporan polis.


Biadap! Itulah perkataan yang keluar dari mulut apabila melihat foto milik Zulin diperlakukan sebegitu dan individu yang melakukan perkara ini seharusnya ditangkap serta diberikan hukuman yang setimpal.

Mungkin hari ini Zulin menjadi mangsanya tetapi esok lusa siapa pula yang akan menjadi mangsa jika kita biarkan dia begitu sahaja.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.