Berita Terkini
recent

Zul Ariffin Menangis Tengok Parodi Tombiruo

Kecoh sungguh episod MeleTOP baru-baru ini. Ini semua gara-gara kehadiran aktor kacak berbakat iaitu Zul Ariffin dan Farid Kamil yang hadir dalam episod rancangan hiburan terkenal, MeleTOP.

Kedua aktor kacak itu hadir bagi mempromosikan filem yang sedang mendapat sambutan luar biasa itu bersama Nabila Huda yang juga bertindak sebagai pengacara mengantikan Neelofa.

Setelah habis melihat filem hebat itu diparodikan, pertama kali melihat aktor itu ketawa sehinggakan mengalir air mata diselangi gelak Nabil Ahmad, Nabila dan Farid.

Ruangan komen juga dihujani pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat parodi yang dilakonkan Nasrizal Ngasri atau lebih dikenali Bell dan Atu Zero.

Malah, ada juga yang berseloroh memberi cadangan untuk menjemput Zul menjadi juri maharaja lawak mega. Pasti habis sekotak tisu Zul akan gelak sambil menangis.

Dalam pada itu, tahniah juga diucapkan buat produksi filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang berjaya meraih kutipan RM2 Juta hanya dalam masa empat hari pertama ditayangkan sejak 12 Oktober yang lalu.

Lebih menarik, filem ini berjaya menempatkan diri di kedudukan pertama carta mingguan filem di Malaysia meskipun terpaksa berhadapan dengan filem-filem antarabangsa hebat yang lain.

Ini sekali gus membuktikan Tombirou telah mengembalikan kepercayaan penonton terhadap filem tempatan. Malah, memang terbukti karya novelis thriller nombor satu di Malaysia, Ramlee Awang Murshid sememangnya ada peminat yang tersendiri.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.