Berita Terkini
recent

Zehra Zambri selamat diijabkabul

Dengan sekali lafaz, penyanyi dan penyampai Selamat Pagi Malaysia (SPM), Zehra Zambri selamat bergelar isteri kepada seorang guru, Wan Muhammad Nurhariz Hariri Datuk Wan Mohd Effendi, kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Zehra, 30, yang terkenal menerusi lagu Semalakama dinikahkan oleh bapanya, Zambri Ahmad di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini.

Dalam majlis pernikahan itu, Wan Muhammad Nurhariz, 28, menyerahkan mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

 
“Alhamdulillah, hari ini tercipta sejarah, saya selamat begelar isteri.

“Walaupun kami tak berkenalan lama, tapi inilah jodoh saya. Insya-ALLAH, bercinta selepas kahwin akan lebih indah, ” katanya pada Kakigosip.

Pasangan mempelai itu juga kelihatan anggun dan berseri-seri menggayakan busana berona putih.
Majlis akad nikah berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta teman rapat pasangan pengantin baru itu.

Sebelum ini, Zehra dirisik oleh keluarga Wan Muhammad Nurhariz, pada 8 April lalu selepas mula berkenalan sejak awal tahun ini.

Bagi meraikan hari bahagia, pasangan sejoli ini akan mengadakan resepsi di lokasi sama, malam ini.
Majlis sambut menantu pula akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Oktober depan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.