Berita Terkini
recent

Zed Zaidi Jawab Isu Syazwan Zulkifli Sindir Seniman

Terdahulu, hangat bercerita kisah kontroversi pelakon Syazwan Zulkifly yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada seniman.

Rentetan itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tampil menjelaskan permasalahan tersebut.

Menurut Zed Zaidi, Seniman tidak menerima apa-apa aduan daripada Syazwan sebaliknya sekadar mendengar rungutan dia di laman sosial.

“Contonya mudah saja. Nak suruh polis bertindak, pergilah buat laporan polis secara rasmi. Ini tidak… tak ada pun borang aduan secara rasmi kami terima?

“Nak harap kita dengar masalah dia di media dan ambil tindakan, bukanlah semua benda kita tahu kerana kita ada 6,000 ahli,” tegasnya

Zed juga mengulas rungutan Syazwan yang dikatakan tidak membela dirinya selepas di ‘ban’ oleh sebuah stesen televiseyen gara-gara masalah peribadi bersama seorang artis dari Singapura.

Menurut sebuah portal online, Zed juga bertanya jika benar aktor itu di’ban’, dimana surat pengharaman berkenaan.

Menurut Zed juga sekiranya surat itu tiada, ia mungkin disebabkan Syazwan tiada rezeki muncul di stesen televisyen itu ataupun persepsi pelakon itu sendiri.

Malah, Zed juga berkata tidak pernah menyisihkan pelakon Tujuh Hari Mencintaku itu apabila pernah berjaya menyelesaikan masalah Syazwan yang nyaris disaman oleh sebuah syarikat produksi sebelum ini  selepas Seniman menjadi orang tengah.

Mengulas mengenai bayaran yang dikenakan sebanyak Rm50 setahun itu tidak mendatangkan apa-apa faedah itu, Zed berkata bayaran berkenaan melayakkan semua ahli Seniman dilindungi insuran kemalangan.

Dalam pada itu, Zed juga meminta Syazwan atau mana-mana artis agar berjumpa dengannya secara berdepan bukan hanya merungut di laman sosial.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.