Berita Terkini
recent

Yunho (TVXQ) Ditawar Jadi Askar Profesional

Selesai menjalani latihan ketenteraan sejak 20 April lalu, Yunho kini kembali sibuk dengan aktiviti seni bersama seorang lagi anggota TVXQ, Changmin.

Ketika muncul dalam program terbitan KBS TV, 'Happy Together', baru-baru ini, bintang berusia 31 tahun ini turut berkongsi pengalamannya sepanjang menjalankan tanggungjawab kepada negaranya selama 21 bulan lalu.

Memulakan latihan pada 21 Julai 2015, Yunho terpilih dalam pasukan Angkatan Bersenjata Republik Korea. Dia menjalani latihan asas lima minggu latihan di Yangju, Wilayah Gyeonggi, dan menjadi ketua pasukannya.

..



Menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan, Yunho dianugerahkan anugerah penghormatan "Best Recruit". Bahkan dia juga dia dinobat sebagai 'Special Warrior' pada 9 Mei 2016.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Jung Yun Ho ini mendedahkan dia sebenanrya ditawarkan untuk berkhidmat secara tetap dalam pasukan tentera Republik Korea Selatan.

Tawaran tersebut bedasaran pencapaiannya memperolehi markah tinggi pada semua ujian seperti menembak dan fizikal dan dia dilabel sebagai 'askar khas'.

"Saya ditawarkan pekerjaan sebagai seorang askar profesional, saya sebenarnya ada terfikir mahu menjadi selebriti pertama yang menjadi tentera profesional sehingga Changmin menjalani latihan ketenteraannya," kata Yunho.

Sejurus mendengar pengakuan temannya itu, Changmin berkata "Saya berpuas hati sebagai seorang askar biasa," katanya sambil tersenyum.

Changmin menamatkan latihan ketenteraan pada 18 Ogos lalu.
Powered by Blogger.