Berita Terkini
recent

Wow Sentuhan Jurugambar Tanpa Kaki,Tangan Ini Akan Membuatkan Anda Tergamam

Lelaki ini dilahirkan tanpa tangan dan kaki serta dibesarkan dalam kemiskinan, namun semangatnya cukup membuatkan dirinya dikagumi ramai.

Berasal dari Jawa, Indonesia, Achmad Zulkarnain kini mampu setanding dengan jurugambar professional yang lain, apabila gambar-gambar yang diambil oleh beliau amat mengagumkan.
Dia bermula hanya mempelajari sendiri akan teknik-teknik mengambil foto dengan cara terbaik di internet sahaja.

Walaupun dilahirkan serba kekurangan, Achmad telah menghasilkan beribu keping gambar yang amat menarik, seperti gambar di puncak gunung Ijen, kira-kira 2800 meter dari aras laut.

Ketika itu, dia keseorangan memanjat puncak gunung dan memegang kamera tanpa sokongan anggota badan dan ia bukanlah perkara yang mudah.
Malah, dia juga pernah terjatuh beberapa kali semasa cuba melindungi kameranya. Namun, dia tidak pernah berputus asa.

Kini, Achmad menjadi jurufoto yang dikenali ramai. Tambahan dia juga menerima banyak tawaran sepanjang tahun. Setiap foto hasil kerjanya boleh mencecah sehingga USD$100.

Kini dia menjadi inspirasi kepada golongan kurang upaya yang lain dan sentiasa menasihatkan mereka supaya tidak pernah berputus asa untuk mencapai impian.

“Hidup saya sentiasa berkisar dengan tekad dan kecekalan.

“Saya mahu memberitahu pada semua golongan yang kekurangan seperti saya supaya jangan berputus asa,” kata Achmand.

Pastinya kisah ini akan memberi inspirasi buat orang ramai. Disini, Kakigosip kongsikan  hasil sentuhannya yang mengagumkan.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.