Berita Terkini
recent

While You Were Sleeping drama korea mesti tonton

BAGI meneruskan komitmennya untuk menerajui genre hiburan Korea di rantau Asia Tenggara, ONE membawakan tayangan drama yang dinanti-nantikan, While You Are Sleeping yang ditayangkan serentak dengan waktu tayangan Korea sejak 27 September lalu.

Menerima sentuhan pengarah sama drama Doctors dan My Love From The Star serta penulis bagi drama Pinocchio dan I Can Hear Your Voice, While You Were Sleeping, drama ini menyaksikan gandingan bintang handalan Korea iaitu Lee Jong Suk dan Bae Suzy.

Ia juga menyaksikan kolaborasi kali ketiga di antara Jong Suk dan penulis, Park Hye Ryun.

While You Were Sleeping ditayangkan setiap  Rabu dan Khamis, jam 9 malam di saluran Astro 393, merupakan drama penyiasatan dengan jalan cerita yang tidak dijangka.

Menurut Naib Presiden Kanan dan Ketua Kandungan, Terbitan dan Pemasaran Sony Pictures Television Networks Asia, Virginia Lim, One akan terus menerajui saluran hiburan Korea menerusi drama bersiri yang ditayangkan pada waktu sama di Korea termasuk drama Scarlet Heart, My Sassy Girl dan The King In Love.

"Gandingan pelakon hebat yang mampu melonjakkan rating iaitu Jong Suk dan Suzy bersama pasukan impian yang diterajui oleh penulis dan pengarah handalan menjadikan drama While You Were Sleeping sebagai drama yang mesti ditonton," katanya.

Ia menceritakan kisah wartawan yang menganggur, Hong Ju (Bae Suzy) yang mempunyai kelebihan untuk melihat sesuatu kejadian buruk dalam tidurnya.

Berharap elak mimpi buruk itu jadi kenyataan, Hong Ju bekerjasama dengan pendakwa Jae Chan (Jong Suk) untuk halang kejadian tidak diingini berlaku.
Powered by Blogger.