Berita Terkini
recent

Video tular konspirasi singkir Dzulkifli: Musa

Dakwaan mengaitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad kononnya mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang bertujuan menyingkirkan beliau dari agensi tersebut.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpendapat, ia adalah konspirasi menjatuhkan kredibiliti Dzulkifli kerana cemerlang dan agresif memerangi rasuah di negara ini.



“Sejak mengetuai SPRM, (Dzulkifli) dilihat berjaya membongkar kes-kes berprofil tinggi selain agresif menahan mana-mana pihak yang terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


“Mungkin sebab itu ada pihak rasa terancam, terganggu dan takut kegiatan jenayah mereka terbongkar. Saya rasa ini salah satu taktik kotor bagi menyingkirkan beliau dari SPRM,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Gambar dan video dipercayai disunting mirip Dzulkifli mula tular di media sehingga mendapat perhatian rakyat negara ini.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki ke luar negara iaitu Bali, Indonesia bersama seorang wanita kononnya perempuan simpanannya atas urusan lawatan kerja.

Mengulas perkara tersebut, Musa berkata, polis perlu mengambil tindakan segera menyiasat kesahihan dakwaan itu.

“Polis perlu mengambil tindakan tegas kepada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu dan ambil tindakan tegas.

“Biasalah bila kita menjawat jawatan berkaitan pencegahan jenayah, banyak pihak cuba jatuhkan kita dengan pelbagai cara. Saya dahulu ketika menjadi Ketua Polis Negara juga tidak terlepas daripada perkara-perkara seumpama ini,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.