Berita Terkini
recent

Video Seksi Nadia Brian Di Pulau Tarik Perhatian Kaum Adam

Nama pelakon baru, Nadia Brian kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem keduanya berjudul “Blok 404”.

Namanya juga semakin meningkat setelah menjayakan babak ‘panas’ dalam filem tersebut sehingga dia harus meminta kebenaran dari keluarganya.

Tidak dinafikan pelakon berwajah kacukan ini  terkenal dengan kecantikan dan tubuhnya yang seksi. Dia juga dilihat sering tampil dengan bergaya dalam mana-mana acara dalam dunia hiburan.

Menerusi satu entri baru di akaun Instagram milik Nadia, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambar dan video menunjukkan dia sedang bercuti di Pulau Perhentian.

Dalam salah satu video tersebut, Nadia sedang menikmati keindahan tepian pulau sambil mengibas rambut dengan mengenakan pakaian mandi berwarna hitam mengundang tarikan kaum lelaki.

Malah ada yang berseloroh “Wow kibasan maut” di ruangan komen. Rata-rata memuji kecantikan pelakon kacukan itu.
Tak kurang juga yang melemparkan kata-kata yang negatif yang berkata penampilan yang dianggap terlampau seksi.

Sebenarnya tak ada yang salah juga dengan pilihan pakaian Nadia ini kerana dia sedang mandi-manda dan baru selesai snorkeling di pulau ketika itu.

Tapi sememangnya wanita berusia 26 tahun ini memang sinonim dengan gaya dan pose seksi sehingga menampilkan gaya-gaya yang menggoda di Instagram.
Seseksi mana gaya Nadia di pantai?

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.