Berita Terkini
recent

Victoria Pantang David Beckham Rapat Dengan Wanita Ini

Victoria dan David Beckham cukup dikenali sebagai salah satu pasangan selebriti Hollywood yang ideal dan romantis. Suami isteri ini menjalani kebahagian rumah tangga di samping anak-anak mereka.

Malah mereka kerap dilihat berdua berbagai acara hiburan. Misalnya, pertengahan bulan lalu, kelibat Victoria dan Beckham sempat diralam lensa kamera paparazzi ketika mereka menyaksikan festival muzik di Glastonbury. Tidak hanya berdua, turut ada bersama ialah anak sulung mereka, Brooklyn Beckham dan beberapa teman lain.

Ketika di festival tersebut, pasangan yang sudah membina rumah tangga hampir dua dekad ini diperkenalkan sahabat baik David iiatu Dave Gardner dengan seorang wanita bernama Lady Marry Charteris.

..

Laporan The Sun menyebut, sejak pertemuan itu, David mula berkawan dengan wanita tersebut. Bahkan mereka dikatakan pernah keluar bersama tanpa Victoria. Justeru ibu anak empat itu mula khuatir.

"David pernah berpesta dengan Mary di sebuah acara sehingga pagi. Mereka dikenalkan oleh Dave. Tapi Victoria nampaknya risau kalau Mary memberi pengaruh buruk pada suaminya. Mereka bertemu di Glastonbury tetapi Victoria memberi reaksi kurang suka dengan Marry," kata satu sumber.

Sumber tersebut dipercayai merupakan orang terdekat dengan David dan Victoria.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.