Berita Terkini
recent

Uqasha Senrose Miliki Ciri-ciri Wanita Idaman Hefny

Pastinya ramai yang mengenali pelakon dan pengacara lelaki, Hefny Sahad yang semakin meningkat naik di dalam industri seni.

Terbaru, Hefny memberitahu kepada satu sumber, bahawa hubungannya dengan seorang pelakon cantik yang semakin melonjak naik di dalam industri, Uqasha Senrose semakin rapat sejak penghujung tahun lalu.

“Hubungan saya dengan Uqasha rapat sejak penghujung tahun lalu. Apa yang saya boleh katakan saya hanya keluar dengan dia dan tidak ada wanita lain.

“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak tiga tahun lalu namun pada penghujung tahun lalu saya mula rapat dengan dia,” kata pelakon ini.

Hefny memberitahu lagi, apa yang membuatkan dia terpikat dengan pelakon cantik itu adalah kerana Uqasha memiliki sifat yang sangat mementingkan keluarga, bertanggungjawab dan mana.
“Saya lihat Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya terlebih dahulu. Cara dia melayan dan menjaga adik-beradiknya membuatkan saya terpikat.

“Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang yang manja,” ujarnya lagi.

Namun begitu, pelakon dan pengacara ini tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk membawa hubungan mereka kepada peringkat yang lebih serius.
Dalam pada itu Hefny juga berkata jika diizikan ALLAH SWT dia mempunyai jodoh dengan pelakon cantik itu, dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua pihak untuk mereka berdua.
Terdahulu, Uqasha dan Hefny pernah digsoipkan sedang bercinta selepas ramai yang melihat kedua-dua artis ini saling meninggalkan komen yang ‘sweet’ di antara satu sama lain.

Kami di Kakigosip sentiasa mendoakan yang baik-baik buat kedua-dua artis ini. Kalau ada jodoh pasti kedua-dua mereka akan bersatu jua nanti.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.