Berita Terkini
recent

Uqasha Istimewa di hati Hefny

PENGACARA Hefny Sahad mengakui pelakon Uqasha Senrose adalah teman istimewa yang mengisi hidupnya ketika ini.

Hefny berkata , hubungan mereka masih di peringkat awal dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Dia wanita istimewa yang mengisi kekosongan hidup saya sejak setahun lalu. "Bagaimanapun kami masih dalam fasa mengenali hati budi dan berkawan rapat," katanya. Hefny diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Uqasha selepas dilihat menemani pelakon wanita itu menjalani sesi fotografi bersama Harian Metro semalam.

Menurut Hefny, dia enggan terlalu terbuka berkongsi cerita peribadinya kerana bimbang dianggap mencari publisiti.

"Saya sengaja mengunci mulut mengenai hubungan ini kerana tidak mahu masyarakat menganggap kami sengaja mencari publisiti dengan menjaja kisah peribadi.

"Lagipun saya menghormati pendirian Uqasha yang tidak mahu terlalu terbuka. Biarlah orang lebih nampak hasil kerja seni kami,” katanya.

Jelas Hefny lagi, apa yang bakal berlaku dalam perhubungan mereka, dia serahkan sepenuhnya kepada takdir.

"Belum ada sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya. Saya menyerahkan soal jodoh dan pertemuan kepada Allah," katanya.

Kata pemuda ini juga, sudah tentu dia akan berkongsi dengan umum sekiranya ada berita baik membabitkan mereka berdua.
Powered by Blogger.