Berita Terkini
recent

Ungku Hariz Gementar Untuk Bergelar Bapa

Semua sudah sedia maklum bahawa pelawak dan pelakon wanita, Jihan Muse sekarang ini sedang hamil dan usia kandungannya sudah menjangkau lima bulan.

Menurut satu sumber, suami kepada Jihan yang merupakan seorang pelakon, Ungku Hariz menyatakan bahawa perasaannya kini gementar untuk bergelar bapa.

“Perasaan sekarang memang gemuruh untuk bergelar seorang bapa namun saya lebih banyak mendapatkan nasihat daripada kenalan rapat yang sudah menimang cahaya mata pada usia muda,” ujarnya.

Selain mendapatkan nasihat daripada kenalan rapat, Hariz juga berkata keluarganya banyak membantu.

Dalam pada itu, Hariz mengatakan dia dan Jihan masih belum membuat apa-apa persediaan lagi bagi menyambut cahaya mata sulungnya nanti.

“Kata orang beli dahulu sedikit-sedikit tetapi mungkin kami bukan pasangan sebegitu. Entah-entah sehari sebelum bersalin baru kami gelabah.

“Alhamdulillah, bayi dalam kandungan sihat namun kami mengambil keputusan untuk tidak ingin mengetahui jantina bayi kami,” katanya.

Hariz juga berkata, setakat hari ini, mereka juga masih lagi belum memilih nama yang sesuai untuk anak mereka yang bakal dilahirkan nanti.

Apapun, kami mendoakan agar Jihan dan kangdungannya sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat. Semoga segala urusan sehingga saat melahirkan nanti dipermudahkan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.