Berita Terkini
recent

Ucapan Romantis Rockers Buat Penjaga Gol

Nampaknya tanpa berselindung lagi kisah cinta antara gitaris kumpulan Kristal, Rody dan kekasih hatinya, penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Rody, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar bersama memakai baju sedondon hitam menyambut hari lahir teman wanitanya itu.

Dalam pada itu juga, dia turut menulis kapsyen yang sangat romantis buat pasangannya. Wow! Kakigosip tak sangka rockers dalam hati ada tanam. Pasti ramai wanita cukup cemburu dengan ucapan bersemut daripada Rody!

Menurut Rody hubungan mereka sudah direstui ibu bapa masing-masing. Malah, sikap Niena yang mengambil berat membuatkan Rody begitu menyenangi wanita itu.

“Selamat hari jadi cinta hatiku @niena_azmann! Moga sihat slalu.. di limpahi rezeki dan di berkati Allah.. sentiasa menyokong i.. sebab ape i jatuh hati kat u.. sebab u sentiasa memahami i.. menyokong i walaupun u tau i anak emak anak ayah.. i anak sulong..”

“U nak sentiasa susah senang hidup sama2.. i sakit u amek berat.. mak ayah i sakit pun u amek berat!! Fuhh! Dan yang penting ibu bapa kita dah restui.. Selamat hari jadi u! 30 dah! sorry xde surprise utk u.. sebab i jauh di seberang lautan.. nak cari rezeki utk kita bina hidup sama2 nanti”

Disamping itu, Niena turut memuat naik satu video pendek yang merakamkan foto-foto romantis bersama Rody.

Entri tersebut juga turut disertakan dengan ucapan hari jadi buat teman wanita kesayangannya beserta hashtag #kisahkita #doakankami #birthdaygirl

Ruangan komen turut dipenuhi dengan ucapan peminat yang  mendoakan agar huhungan pasangan ini berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Ada yang mengusik menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat pasangan ini berkahwin.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.