Berita Terkini
recent

Ucapan Romantik Vanidah Dicemari Isu Tudung

UCAPAN menyentuh perasaan pelakon Vanidah Imran kepada suaminya, Rashidi Ishak di Instagram bersempena hari lahir aktor itu baru-baru ini cukup romantik.

Vanidah atau lebih mesra dengan sapaan Vee turut memuat naik gambar mereka bersama di laman sosial dan menyifatkan Rashidi seorang suami yang tidak pernah berhenti mempercayai impiannya.
"Selamat hari jadi kepada lelaki yang tidak pernah berhenti percayakan setiap impian saya dan paling penting mengajar saya untuk merialisasikan mimpi saya," tulisnya.

Seperti biasa ada segelintir pengikut cuba mencari kesalahan dan Vanidah menjadi sasaran seorang netizen yang menegur bila dia mahu memakai tudung.

Enggan melatah dengan komen tersebut, Vanidah sebaliknya memberitahu dia pasti akan menutup aurat apabila tiba masanya nanti dan kini sedang menguatkan ibadahnya.

"Insya-Allah, pasti bila tiba masanya nanti. Buat masa ini Vee cuba kuatkan ibadah dulu, jaga minda dan jauh dari prasangka, jaga mulut dari mengata dan hubungan sesama manusia," tulisnya.
Sementara itu, Rashidi berterima kasih kepada individu yang meninggalkan komen tersebut dan menyifatkan ia sebagai sikap prihatin tentang sesama manusia.

Bagaimanapun kata Rashidi, dia secara peribadi tidak akan menegur seseorang yang tidak dikenalinya secara terbuka kerana sebagai manusia dia tidak tahu bagaimana hubungan seseorang itu dengan Tuhan.

"Alhamdulillah, ada yang prihatin tentang sesama manusia. Saya utamakan tegur anak, isteri, keluarga dan kalau ada menantu (Insya-Allah satu hari nanti) dulu sebelum tegur orang lain terutamanya orang yang tiada kena mengena dengan saya.

"Kalau orang yang saya tak kenal secara peribadi, saya hanya tegur dalam hati, moga-moga mendapat hidayah.

"Jauh sekali di paparan awam untuk mengeluarkan pendapat dan teguran, yelah saya tak tahu macam mana hubungannya dengan Allah. Jazakallahukhayran," tulisnya.

Komen balas Vee dan Rashidi terhadap individu itu mendapat pujian pengikut mereka yang menyifatkan ia dibuat dengan penuh cermat dan sopan tanpa perlu mengeluarkan kata-kata kasar membalas teguran terhadap mereka.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.