Berita Terkini
recent

Tyra ada teman baru

Lama tidak dengar kisah terbaru bintang pentas peragaan, Tyra Banks yang popular menerusi program realiti America’s Next Top Model (ANTM).

Sebelum ini, kisah percintaannya dengan Erik Asla yang hanya mampu bertahan selama lima tahun menjadi bualan hangat.

Terbaru, selepas berpisah dengan Erik, Tyra mula mencuri perhatian ramai apabila dilihat berpacaran dengan seorang lelaki misteri.

Tyra, 43, baru-baru ini dilihat menghabiskan masa bersama lelaki terbabit di kafe Cake Mix, di Hollywood Barat. Meskipun sedar diri menjadi perhatian, Tyra tenang dan santai sepanjang pertemuan itu.


Ramai menganggap jejaka itu kekasih Tyra, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi termasuk wanita jelita itu sudah bersedia menerima cinta baru.

Sepanjang lima tahun hidup bersama Erik, Tyra dikurniakan cahaya mata, York yang kini berusia lapan bulan.

Walaupun tidak lagi bersama, sumber terdekat Tyra berkata, kedua-duanya masih berkawan baik dan tidak pernah dilihat bermasalah.

“Mereka masih berkawan. Perpisahan itu berlaku secara baik. Dia juga gembira menggalas tanggungjawab sebagai ibu,” kata sumber itu.

Tyra sebelum ini dalam satu temu bual bersama media berkongsi perkembangan anaknya.

“Dia tidak takut dengan orang dan suka melakukan pelbagai aksi mencuit hati.

“Bagus untuk dia apabila mudah selesa dengan persekitaran. Berbeza dengan saya ketika zaman kanak-kanak, York mungkin lebih mengikut sikap bapanya yang mudah didekati dan mesra,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.