Berita Terkini
recent

Tombiruo terus penuhkan panggung

FILEM Tombiruo: Penunggu Rimba mendapat sambutan hangat sejak tiga hari ditayangkan di MBO Kluang Mall.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengurusnya Kamal Khalid Mohd Taib.

"Hari ini saja semua tujuh tayangan penuh, kebanyakkan penonton yang hadir adalah bersama keluarga," katanya.


Tombiruo: Penunggu Rimba merupakan filem adaptasi novel terbitan Grup Buku Karangkraf  hasil karya Ramlee Awang Murshid dan dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan seperti Zul Ariffin, Nabila Huda, Farid Kamil dan Faizal Hussein.

Filem ini mengenai Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba.

Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.